MAKLUMAT PENULISAN PENYELIDIKAN
   
  Judul / Tajuk : ELEMEN SIFAT KEMANUSIAWI SISWA PENDIDIK DENGAN KEPUASAN GURU PEMBIMBING  
  Tahun : 2018  
  Bidang : PENDIDIKAN  
  Bibliografi : Bahdrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dlam kalangan pensyarah institut pendidikan guru kampus ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016, 1-25. Christopher Bowring-Carr & John West-Burnham. (2008). Belajar secara berkesan di sekolah. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Dzulkifli Abdul Razak (2018, Jun 4). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Revolusi Industri Ke-4. Majalah Sains. Retrieved from https://www.majalahsains.com/falsafah- pendidikan-kebangsaan-dan-revolusi-industri-ke-4/. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Garis panduan pelaksanaan amalan profesional. Putrajaya: Institut Pendidikan Guru. Noraini Idris. (2012). Penyelidikan dalam pendidikan. Malaysia:Mc Graw Hill. Nunnally, J.C. (1978). Psychometric theory. Second edition. New York:Mgraw-Hill. Sun, Y. B. (2018, Mei 25). Rang Xue Sheng Kuai Le Xue Xi. Sin Chew Daily, pp.23. Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli Rengasamey, Munizar Mohamad & Siti Rohani Abd. Rahman. (2014). Kepuasan siswa pendidik tehadap bimbingan pengajaran pensyarah penyelia dan guru pembimbing dalam praktikum fasa ii, 2014. Zhou, N. Z. (2005). Four ‘pillars of learning’ for the reorientation and reorganization of curriculum:reflections and discussions. International of Bureau of Education, UNESCO 2005. Retrieved from www.ibe.unesco.org/cops/Competencies/PillarsLearningZhou.pdf  
  Abstrak / Sinopsis : Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan perkembangan menyeluruh murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui Empat Tonggak Pendidikan UNESCO menerusi Pembelajaran abad ke- 21 (PAK-21). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara elemen Sifat Kemanusiawi siswa pendidik dengan elemen Kepuasan Guru Pembimbing dalam program mentoran praktikum Fasa1, 2015. Kajian ini dilaksanakan melalui gabungan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif. Soal selidik digubal dengan menggunakan satu set soal selidik yang telah diadaptasi dari Christopher (2013) dan Badrul Hisham (2016) . Sampel kajian terdiri daripada 27 orang siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat yang terdiri daripada dua bidang pengkhususan iaitu opsyen Pendidikan Pemulihan dan Bahasa Cina . Siswa pendidik telah mengaplikasikan elemen ‘Learning to Be’ dengan mencapai skor min yang tinggi iaitu min=4.50. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi dengan elemen ‘Learning to Be’ iaitu r=.777 dan elemen ‘Learning to Live Together’ iaitu r= .676 dengan kepuasan guru pembimbing. Walau bagaimanapun, siswa pendidik perlu mendalami elemen ‘Learning to Know’ agar dapat memupuk sifat kemanusiawi yang lebih tekal seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif untuk murid-murid. Kata Kunci: sifat kemanusiawi, Empat Tonggak Pendidikan UNESCO, PAK-21, mentoran praktikum,