MAKLUMAT PENULISAN PENYELIDIKAN
   
  Judul / Tajuk : “KOTAK PINTAR PEMBELAJARAN KOPERATIF” (KPPK)  
  Tahun : 2017  
  Bidang : PENDIDIKAN  
  Bibliografi : Penulisan KPPK dilaksanakan untuk memastikan penglibatan aktif murid dalam PdPc abad ke-21. Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada semua murid untuk memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai, menarik dan berkesan bagi mereka. Ia juga memudahkan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran bermakna kepada murid.  
  Abstrak / Sinopsis : KPPK ini direkacipta untuk memudahkan proses PdPc menggunakan struktur pembelajaran koperatif yang melibatkan penglibatan aktif murid. Murid boleh menggunakan KPPK ini bagi semua matapelajaran bersesuaian dengan struktur pembelajaran koperatif yang dipilih. KPPK ini juga memberi peluang kepada semua murid untuk memilih amalan terbaik dalam mempelajari tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu matapelajaran. Guru tidak perlu lagi menentukan struktur pembelajaran semasa memberikan tugasan dalam kumpulan. Dengan adanya KPPK, murid boleh menguasai struktur pembelajaran koperatif dengan meneroka idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran khususnya semasa melaksanakan aktiviti atau perbincangan dalam kumpulan. Inovasi ini adalah bersesuaian dengan hasrat KPM dalam Program TS25 untuk mengaplikasikan Amalan PdPc terbaik dalam menentukan kemenjadian murid. KPPK juga lebih mesra pengguna dan sebagai pemudahcara pembelajaran di mana murid-murid belajar melalui penemuan kendiri dan buddy support.