MAKLUMAT PENERBITAN JURNAL
   
  Judul / Tajuk : KESAN PERISIAN TUXMATH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENAMBAH  
  Bidang : PENDIDIKAN  
  Tahun : 2017  
  Penerbit : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR  
  Peringkat : Institut  
  Kategori Penerbit : Jurnal  
  Nombor ISBN / ISSN : ISBN 1394-858XXX  
  Bibliografi : Penulisan mengenai kajian keberkesanan perisian komputer iaitu Permainan Matematik Tuxmath Games dalam meningkatkan kemahiran asas menambah nombor bagi murid Tahun 2.  
  Abstrak / Sinopsis : Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian komputer pendidikan dalam meningkatkan kemahiran asas menambah bagi murid tahun 2. Sampel kajian ini melibatkan 19 orang murid yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Sampel dipilih dalam kalangan murid secara sampel bertujuan (purposive sampling). Kajian ini menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pos diberikan setelah murid diberi latihan menggunakan Perisian TuxMath. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah Wilcoxon signed rank test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Perisian TuxMath mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik khususnya bagi topik Penambahan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan kepantasan menjawab antara ujian pra dan ujian pos. Kata Kunci: Keberkesanan, Tuxmath, Menambah