MAKLUMAT PENERBITAN JURNAL
   
  Judul / Tajuk : Fidget Spinner Buatan Tangan Membantu Murid Tahun 6 Menguasai Tajuk Luas Dan Perimeter  
  Bidang : PENDIDIKAN  
  Tahun : 2017  
  Penerbit : FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR  
  Peringkat : Kebangsaan  
  Kategori Penerbit : Jurnal  
  Nombor ISBN / ISSN : ISBN 978-967-2171-03-4  
  Bibliografi : Penulisan berkaitan STEM dalam Matematik. Menerapkan aktiviti pembelajaran abad ke-21 dalam Matematik. Murid berkomunikasi, berkolaborasi dan menjalani pemikiran kritis serta kreatif dalam pembelajaran.  
  Abstrak / Sinopsis : Pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan dan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) mula mendapat tempat dalam sistem pendidikan. bagi memberikan nafas baru kepada bidang pendidikan Sains dan Matematik peringkat persekolahan (Muhammad Abd Hadi, 2015). Artikel ini melaporkan kajian tindakan yang dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran perimeter dan luas menggunakan aktiviti STEM iaitu fidget spinner buatan tangan di samping meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 murid iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kritikal. Seramai 17 orang murid Tahun Enam di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid gembira dan dapat menggunakan aktivti dalam aktiviti STEM yang hands-on. Murid juga dapat menghasilkan produk berbentuk fidget spinner buatan sendiri secara berkolaborasi dan berbincang dengan rakan dalam kumpulan untuk menghasilkan produk yang terbaik. Selain menghasilkan produk yang menarik dan autentik, penguasaan murid terhadap topik perimeter dan luas juga dapat ditingkatkan. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan agar aktiviti STEM diperluaskan kepada tajuk yang lain sama ada bagi subjek sains atau matematik di sekolah rendah. Kata kunci: fidget spinner, STEM, perimeter dan luas