MAKLUMAT INOVASI

   
  Judul / Tajuk : PASMA (Pottery Assemble Sewing Machine)  
  Tarikh : 2018-05-28  
  Peringkat : Kebangsaan  
  Kategori Pembentang : Pengajaran dan Pembelajaran  
  Bidang : SAINS SOSIAL  
  Nama Program :  
  Penganjur : JABATAN PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN  
  Tempat : DEWAN SERI BUDIMAN, IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT  
  Pencapaian : PENYERTAAN  
  Abstrak / Sinopsis : PASMA ialah satu inovasi lestari rekaan mesin manual gabungan dua alatan lupus terpakai antara mesin jahit lama dengan Pottery Hand Wheeler. Produk PASMA merupakan alat bantu mengajar yang direkacipta bagi memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membentuk dan membuat binaan bahan berasaskan tanah liat atau seramik khususnya tembikar teknik lemparan alin. Barang-barang lupus dan terpakai diubahsuai dan dikitar semula untuk membinanya. Konsep jimat, mudah kendali dan selamat menjadi faktor utama projek ini. Produk PASMA ini senang digunakan, mudah disimpan dan dikendalikan bagi mempelbagaikan kemahiran dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Keberkesanan PASMA adalah dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membentuk dan membuat binaan bahan berasaskan tanah liat atau seramik khususnya tembikar teknik lemparan alin. Selain itu, ia dapat memenuhi keperluan kawalan kemahiran psikomotor siswa guru dalam bidang membentuk dan membuat binaan berasaskan bahan tanahliat dengan membentuk produk agar lebih baik. Siswa guru juga dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan karya yang berkualiti dan kemas dari segi bentuk yang lebih tepat. Inovasi ini juga mempunyai fungsi pelbagai guna dalam kerja-kerja kekemasan hasil karya seni. Selain berkonsepkan lestari, PASMA juga selamat digunakan. Inovasi ini tidak terbatas kepada siswa guru di IPGK sahaja tetapi juga sesuai di IPTA selagi kursus pengajian sains sosial khususnya pendidikan seni visual masih menawarkan kemahiran menghasilkan kraf dalam bidang membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. PASMA juga mempunyai nilai-nilai designomic iaitu kebolehpasaran. PASMA membantu mempermudahkan siswa guru major dan minor Pendidikan Seni Visual dalam membentuk dan membuat binaan berasaskan tanah liat dengan baik dan berkesan. Keberkesanan alat ini adalah dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti karya dari segi bentuk yang tepat. Selain itu juga dapat meningkatkan minat dan kemahiran membentuk dalam bidang berasaskan tanah liat. Akhir sekali, dengan adanya alat PASMA ini keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan lebih tinggi.