MAKLUMAT INOVASI

   
  Judul / Tajuk : Palet Roda Warna (PAWARNA)  
  Tarikh : 2017-10-04  
  Peringkat :  
  Kategori Pembentang : Pengajaran dan Pembelajaran  
  Bidang : SAINS SOSIAL  
  Nama Program :  
  Penganjur : JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN  
  Tempat : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN  
  Pencapaian : Anugerah Emas  
  Abstrak / Sinopsis : Inovasi ini dijalankan bertujuan membantu memudahkan pemahaman murid dalam mengenal warna asas, warna sekunder dan warna tertiar dengan menggunakan PAWARNA. PAWARNA ini tercetus hasil dari pemantauan kami semasa menjalani praktikum kepada pelajar-pelajar semester 5 PISMP Pendidikan Seni Visual. Semasa pemantauan dibuat, murid-murid kurang menggunakan istilah seni untuk menerangkan warna. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat menunjukkan hanya sebahagian orang murid yang dapat menyatakan warna asas dan warna sekunder dengan betul mengikut warna yang terdapat dalam roda warna. Hampir keseluruhan murid gagal untuk menyatakan warna tertiar yang terdapat pada roda warna. Dapatan tersebut dikuatkan lagi dengan soal selidik dan temubual yang kami buat terhadap murid-murid tersebut. Ternyata mereka kebanyakanya tidak mengetahui akan wujudnya warna tertiar tersebut. Dapatan kajian secara rambang tersebut merisaukan kami dan membawa kepada perbincangan di Unit Pendidikan Seni Visual. Kami telah menghasilkan PAWARNA dengan menggunakan konsep roda warna bagi memudahkan pemahaman murid-muird. Selain itu, inovasi kami tidak berhenti setakat itu, malahan telah ditambah baik dengan menjadikan PAWARNA sebagai media mewarna untuk kegunaan murid-murid. PAWARNA tersebut terdiri daripada roda warna dan palet warna air yang sangat mudah digunakan kerana saiznya yang kompak, ringan dan pelbagai kegunaan. PAWARNA ini telah diuji pakai kepada 5 orang murid sekolah rendah. Hasil daripada uji pakai tersebut, didapati murid lebih mudah mengenalpasti konsep warna. Mereka dapat menyatakan warna asas, sekunder dan tertiar dengan mudah. Selain itu, mereka dapat menyatakan gabungan warna untuk menghasilkan warna sekunder dan tertiar berbantukan PAWARNA. Kami juga yakin PAWARNA ini berpotensi diguna pakai untuk pelbagai peringkat umur.