PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2018
Posted by fongkuen on February 12 2018 13:38:46

MAJLIS PERSARAAN
PN. HJH. NORZALIA BINTI MUHAMAD

Keloloan JK Majlis Rasmi IPGKHTO

Tarikh: 12 Februari 2018 (Isnin)
Tempat: Dewan Seri Budiman, IPGKTHO

Sempena Perhimpunan Bulanan Bil.2/2018, semua warga IPGKTHO telah turut meraikan persaraan Pn. Hjh. Norzalia binti Muhamad, pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang akan bersara wajib pada 17 Feb 2018 selepas berkhidmat sebagai penjawat awam selama 38 tahun.

Warga IPGKTHO merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi serta bersifat penyayang. Semoga beliau diberkati dengan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan. Semoga beliau akan meneruskan hidup bahagia bersama dengan keluarga tersayang.

Klik untuk melihat album>>