Permohonan untuk menyertai Bengkel Pengaturcaraan Scratch Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan
Posted by fongkuen on January 28 2018 13:02:45

Permohonan untuk menyertai
BENGKEL PENGATURCARAAN SCRATCH
Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 26 MAC 2018 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Pengajaran Mikro, IPGKTHO

Bengkel Pengaturcaraan Scratch merupakan kursus lanjutan Bengkel Scratch yang dilaksanakan pada November 2018. Ia dibuka kepada semua pelajar, khususnya pelajar PISMP yang pernah menyertai Bengkel Scratch yang diadakan pada Novemberr 2018 serta Frog Champion. Walau bagaimanapun, bengkel ini hanya akan menerima 30 orang peserta sahaja. Pihak penganjur akan membantu peserta bengkel memohon kebenaran pengecualian kuliah.

Objektif

Peserta kursus dapat mengaplikasikan kemahiran pengaturcaraan Scratch untuk menghasilkan lembaran kerja interaktif.

Syarat Permohonan

  1. Mengisi borang permohonan melalui Google Form.
    Tarikh mula: 29 JAN 2018
    Tarikh tutup: 15 FEB 2018

    KLIK SINI untuk mengisi borang permohonan.

  2. Memuat naik sekurang-kurangnya SATU projek Scratch yang pernah dihasilkan.

  3. Peserta yang berjaya dipilih akan dimaklumkan status permohonan melalui emel pada awal MAC 2018.

  4. Peserta yang berjaya dipilih perlu memberikan maklum balas sama ada akan menghadiri bengkel. Sekira tidak dapat hadir, perlu maklumkan kepada Penyelaras Program melalui emel:

    Cik Kan Fong Kuen
    emel: fongkuen@iptho.edu.my

  5. Pihak penganjur berhak menggantikan peserta yang gagal menghadirkan diri dengan peserta rezeb.

  6. Peserta yang berjaya menghadiri sepenuhnya bengkel tersebut dan menyiapkan tugasan yang ditetapkan, akan dianugerahkan sijil penyertaan.

  7. Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan berkenaan dengan pelaksanaan Bengkel Pengaturcaraan Scratch.