Majlis Jamuan Perpisahan JIP
Posted by fongkuen on January 10 2018 16:09:44

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Tarikh: 10 Januari 2018 (Rabu)
Tempat: Crystal Inn, Batu Pahat

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan bagi meraikan En. Mohamad Roslan bin Aroff (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan), En. Mohd Azhar bin Ab Rahman dan Pn. Tan Sok Phiaw yang bakal ditempatkan di IPGK lain pada minggu hadapan.

Tn. Hj. Adib bin Sulaiman, Pengarah IPGKTHO dan Dr. Rafiah binti Ab Rahman, Timbalan Pengarah IPGKTHO turut menyertai majlis telah memeriahkan lagi suasana majlis.

Didoakan agar yang diraikan selamat menjalankan tugas di IPGK baru, sentiasa dirahmati dan diberkati dengan kesihatan, kekuatan dan kejayaan.

Klik SINI untuk melihat album.