Bengkel Menerajui Kepemimpinan TS25
Posted by fongkuen on November 09 2017 21:49:09

Bengkel Menerajui Kepemimpinan TS25
Anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tarikh: 8-9 November 2017
Tempat: Bilik LDP1, IPGKTHO

Sebagai usaha ke arah mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional supaya semua pensyarah Institut Pendidikan Guru dapat berfungsi sebagai bakal-bakal Rakan ELIT, iaitu Educational Leadership and Instructional Team secara berperingkat-peringkat, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan Bengkel Menerajui Kepemimpinan TS25 untuk berkongsi maklumat tentang Transformasi Sekolah 25. Peserta bengkel merupakan wakil daripada setiap jabatan ataupun unit.

Penceramah terdiri daripada Cik Luvrina binti Jamaludin, En. Ahmad Shukri bin Ahmad dan Dr. Siti Saleha binti Samsuri. Tema perkongsian maklumat pada kali ini ialah "Coaching & Mentoring and Professional Learning Community (PLC).

Peserta bengkel didedahkan kepada amalan dan proses pelaksanaan coaching, PLC, analisis data serta penyediaan One Page Project Manager (OPPM). Para penceramah juga berkongsi pengalaman mereka dalam pelaksanaan tugas sebagai Rakan ELIT yang membantu sekolah-sekolah rintis di bawah penyeliaan mereka.

Klik untuk melihat: Padlet Wall | Album