Pelantikan Timbalan Pengarah IPGKTHO
Posted by fongkuen on October 07 2017 11:38:29


Pelantikan Timbalan Pengarah IPGKTHO


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Rafiah binti Abdul Rahman atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn mulai 4 September 2017.

Beliau telah menerima watikah pelantikan beliau secara rasmi ketika berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2017 pada 2 Oktober 2017 di Dewan Sri Budiman.

Semoga kepemimpinan beliau akan menggerakkan seluruh warga IPGKTHO ke arah kecemerlangan profesionalisme dan juga kemenjadian bunga dan bangsa Negara!