Frog VLE IPGKTHO
Posted by fongkuen on August 11 2017 15:03:16
Penerimaan Frog VLE IPGKTHO

Pada 9-10 Ogos 2017, wakil daripada 19 buah IPGK di Semenanjung Malaysia telah menghadiri Bengkel dan Latihan Frog VLE Fasa 2 Institut Pendidikan Guru di Grand Beach Resort, Port Dickson, N. Sembilan.

Bengkel Frog VLE Fasa 2 Image may contain: 2 people, people sittingImage may contain: 1 person, standing Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

IPGK kini menerima VLE sebenar bagi menggantikan instances VLE pakej latihan yang diterima pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, IPGK masih tidak dimasukkan dalam peruntukan bujet Projek 1Bestarinet, iaitu hanya menerima instance VLE tetapi tiada sebarang infrastruktur sokongan seperti 1Bris, Zoom, dongle, telefon Altitube, Chromebook dan perkhidmatan penyediaan akaun pengguna, seperti mana yang diterima oleh guru dan murid di sekolah.

Lebih-lebih lagi, Admin VLE IPGK perlu mewujudkan akaun pengguna sendiri, suatu beban tugas yang amat berat.

Walau bagaimanapun, Admin VLE IPGKTHO telah membangunkan School Dashboard Frog VLE dan di"publish to web". Anda boleh mengeklik pautan yang berikut bagi mengunjungi Frog VLE IPGKTHO:

http://jma0002.1bestarinet.net/ipgktho