kursus JTP

Teknologi Pendidikan

Teknologi Maklumat dan Pendidikan

Sains Perpustakaan

Kurikulum

 

 

Kursus Jabatan Teknologi Pendidikan

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

globe

Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

"ICTs stand for information and communication technologies and are defined, for the purposes of this primer, as a “diverse set of technological tools and resources used to communicate, and to create, disseminate, store, and manage information.”

(Blurton, 2002)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merujuk kepada perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Ia mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan:

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.


TMK dalam pengujian dan penilaian

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujuian dan penilaian merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan, pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi pencapaian atau prestasi pelajar.

TMK dalam pengurusan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan merangkumi pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah.

TMK dalam penyelidikan dan pembangunan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengenalpasti sumber-sumber perisian percuma dan terbuka dan menyediakan pelbagai kursus dan panduan penggunaan perisian tersebut untuk kemudahan para pendidik dalam pengintegrasian TMK dalam bidang pendidikan.

 

*Maklumat lanjut disediakan dalam kursus EDU3105, dan komponen Teknologi Pendidikan dalam kursus Pengurusan Sumber.

go to top

 

 

 

16-Apr-2014 10:19 AM

Copyright © 2014 Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn. All rights reserved.
Template designed by TemplateYes