Selamat datang ke laman web Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan jabatan akademik yang menawarkan perkhidmatan pendidikan untuk kursus bidang Pengajian Profesional dan juga program Major PISMP untuk Prasekolah serta Pendidikan Khas dan Pemulihan.

   Kami menawarkan tenaga pakar untuk bidang yang berikut:

  •    ♣ Bimbingan Pedagogi PAK21
  •    ♣ Pengintegrasian KBAT dalam PdP
  •    ♣ Pendidikan Prasekolah
  •    ♣ Pendidikan Khas dan Pemulihan
  •    ♣ Teknologi Pendidikan
    •           ♣ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    •           ♣ Pengaturcaraan Scratch
    •           ♣ Frog VLE
    •           ♣ Microsoft Office Office Application
    •           ♣ Google Apps for Education

“We have a fundamental imperative in our lives to matter to others, to serve others, and to support each other in mattering more.”
― Tom Hayes

Taklimat MQA dan Pembentangan Kerangka Kursus CPD

Tarikh    : 14 Oktober 2018 (Ahad)
Tempat  : Bilik Pengajaran Mikro

Jabatan Ilmu Pendidikan mengadakan Taklimat MQA untuk Akreditasi Program PISMP PAKK bagi pengauditan kursus EDU.

Agenda yang seterusnya pula merupakan pembentangan Kerangka Kursus CPD peringkat Jabatan yang dimudahcara oleh Dr Rafiah binti Ab. Rahman, Timbalan Pengarah IPGKTHO.

          

Klik untuk melihat album>>

Hari Pertama Latihan Dalaman Modul Latihan Hub Frog VLE

Tarikh:   24 September 2018 (Isnin)
Tempat: Bilik LDP 1, IPGKTHO

Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Latihan Dalaman Modul Latihan Hub Frog VLE untuk pensyarah pembantu yang bakal melaksanakan Modul Hub Frog VLE dalam kalangan pelajar PISMP Semester 7 & 8 nanti.

Pada hari pertama, dua buah modul telah dilaksanakan, iaitu Modul CAKE (Connect And Keep Engaging) dan Modul Nasi Lemak (Network, Assign and Snap Instantly, Learning via Mobile Apps for Knowledge Sharing).

     

Peserta melatih membuat panggilan video melalui Google Hangouts serta aplikasi mudahalih Frog Assignment, Frog Chat, Frog Snap dan Frog Play.

Bengkel Modul CHENDOL siri 2/2018

Tarikh: 18 September 2018 (Selasa)
Tempat: Bilik Mesyuarat B, Pusat Sumber IPGKTHO

Bengkel ini diadakan sebagai persediaan untuk peserta yang belum ada pendedahan kepada Modul Latihan Frog VLE yang berkenaan sebelum menghadiri Latihan Dalaman Modul Latihan Hub Frog VLE yang bakal berlangsung pada 24-26 September 2018 nanti.