Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENGENALAN

                Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, menjadi penghubung di antara pelajar dengan pentadbir, menjaga kebajikan pelajar, menguatkuasa peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan visi, misi dan objektif IPG. Jabatan Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada unit-unit berikut :

  • Unit Disiplin dan Tatatertib
  • Unit Data dan Rekod
  • Unit Kebajikan dan Keselamatan
  • Unit Kepimpinan dan Pengembangan

Selain dari unit-unit di atas, Jabatan HEP juga mengendalikan aktiviti pelajar melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ).

 

KONVOKESYEN KALI KELAPAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Konvokesyen Kali Kelapan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysiaakan diadakan pada 27 hingga 30 Ogos 2017 bagi penganugerahan berikut:

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dan Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Diploma Pendidikan kepada graduan Pengajian Diploma Lepas Ijazah (PDPLI), Program Pelajar Cemerlang (PPC).

Diploma Perguruan kepada graduan pengajian program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Rendah dan Menengah – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Konvokesyen Kali Kelapan akan berlangsung di Dewan D, MALAYSIAN AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS), Serdang Selangor. Seramai 6,001 orang bakal graduan dijangka akan menerima ijazah dan diploma masing-masing.Tahniah kepada semua graduan.

UNTUK SURAT JEMPUTAN SILA KLIK > surat konvo 2017 1